05 November 2019

Sayur Yang Paling Aku Suka, Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat!!

Rasa peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi inilah sayur paling aku suka. Kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya. Jangan tak tau, sayur yang paling aku suka ni... hehe!

Sayur Yang Paling Aku Suka, Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat!!
Sayur Yang Paling Aku Suka, Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat!!

Waktu kecil aku memang langsung tak menggemari sayur peria ini. Aku mula makan peria ini apabila makan di rumah ipar duai en. suami. Bila sudah ramai-ramai tu, melihat saudara mara makangulai lemak cili api letak peria, akupun mencuba. Barulah tekak aku rasa tak terlampau pahit dan timbul aroma rasa yang sedap.



Selepas itu aku mula memasak masak gulai sepertimana yang di masak itu. Selepas itu mula berjinak-jinak dengan peria goreng pula apabila sudah merasa yang di jual di kedai. Sekarang peria aku pelbagaikan masakan selain gulai dan goreng. Masak sayur tumis pun menyelerakan. Yang aku tak buat lagi hanya peria di buat ulam cicah sambal belacan.

Sayur Yang Paling Aku Suka, Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat!!


Peria penuh dengan kebaikan, antara lainnya :

Penjagaan kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

Perangsang imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

Penjagaan mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

Menurunkan berat badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Baik untuk perut
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

Begitulah hebatnya peria. Yang kecil di panggil peria, yang besar dan agak licin ada orang panggil kambas. Ada pula sekarang di jual peria yang rupanya seperti peria yang kecil tapi bersaiz besar. Yang itu di panggil peria bangla sebab di katakan berasal dari Bangladesh. 

Walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s Lepas ni...belajar-belajar lah  makan peria.... Sedap tau...!

7 comments:

  1. kalau untuk diabetes pun bagus gak :)

    ReplyDelete
  2. X sanggup nak makan. Pahittt. Rela makan sayur lain. Hihi

    www.mama2faizmayra.com

    ReplyDelete
  3. yeah. my favourite too!! suka makan peria ni. taktahu pulak peria ada banyak khasiatnya. Mak selalu cakap makanan yang pahit tu lah boleh dibuat ubat..haha..lepas ni boleh lah beli peria utk dijadikan juadah sampingan.. sedapnyaa..

    ReplyDelete
  4. Orang kata bagus untuk pengidap kencing manis sebab dia menambahkan insulin dalam darah.

    ReplyDelete
  5. ammi suka je peria ni walaupun ramai yg tak makan.
    ammi pernah gak try buat peria goreng mcm yg org jual tu..tp tak jadi crispy.

    ReplyDelete
  6. yg pahit itulah ubat dan berkhasiat

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa peria ni lagi kak, peria besar sikit tu pernah lah. tu pun pahit. hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...