Bila anak demam, ibubapa mesti risau, susah hati dan pening kepala. Di tambah lagi tak cukup tidur menguruskan dan menjaga anak yang sakit. D sini aku bagi sedikit tips cara merawat dan mengatasi demam anak. Bukannya menunjuk pandai, hanya sekadar berkongsi tips dan beberapa informasi cara merawat dan mengatasi demam anak sebab aku pernah mengalami situasi tersebut.
Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak |
Perkara paling penting adalah sentiasa kenalpasti suhu badan anak apatah lagi apabila trend anak-anak kecil demam sekarang ini. Seeloknya simpan satu set jangkasuhu di rumah untuk pantau suhu badan anak kecil anda. Apabila mendapati anak menunjukkan tanda tidak sihat, senang nak pastikan suhu dan buat rawatan dengan cepat.
Carta Penunjuk Suhu Normal Dan Demam
Normal : 36 - 37.4 darjah celcius
Demam : 37.5-38.4 darjah celcius
Demam melebihi paras normal : 38.4 – 39.9 darjah celcius
Demam sangat tinggi : 40-41.4 darjah celcius
Sebenarnya bukan semua demam itu merbahaya, melainkan bila suhu badan melebihi 41.5 darjah celcius, ia menjadi merbahaya untuk otak manusia. Sebab itu, amat penting untuk ibubapa kenal pasti dan ambil berat suhu badan anak anda.Jika anak anda pernah mengalami sawan, atau ada saudara terdekat yang pernah alami sawan, suhu yang meningkat sedikit walaupun 38C berisiko tinggi untuk anak anda. Sila dapatkan nasihat mereka jika ragu-ragu.
Cara Merawat Dan Mengatasi Demam Anak Dengan Sentiasa Kenalpasti Suhu Badan Anak
Biasanya apabila anak menunjukkan tanda nak demam, aku pastikan dia minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan mengalami demam yang teruk Seterusnya aku bagi ubat demam. Alhamdulillah, kebiasaannya anak kembali sihat dengan cepat.Tetapi sekiranya demam berlanjutan, aku akan lap dahi dan kepalanya dengan tuala basah yang di rendam dalam air ais untuk segera menurunkan suhu badannya. Ada yang mengatakan lebih elok gunakan air suam untuk lap kepala dan dahi anak. Terpulang dan ikut kesesuaian dan tempat... Ya tak!
Jangan pakaikan anak dengan baju yang tebal atau selimutkan anak apabila demam. Apabila anak menggigil kesejukan, itu sebenarnya tahap kepanasan memang tinggi. Cara paling baik, mandikan anak dengan air suam. Ia akan meredakan dan menurunkan suhu badan. Anak akan rasa lebih segar, suhu badan yang tinggi turun dan akhirnya tanda-tanda demam berkurangan.
Ada beberapa petua tradisional yang biasa di gunakan orang kampung untuk mengurangkan suhu badan dan demam ini. Antaranya sapu atau di panggil jaram kepala anak dengan air asam jawa yang pekat. Satu lagi lap kepala anak dengan air beras yang di goreng garing. Tak taulah aku, akan keberkesanannya petua-petua ini. Tapi itulah yang aku pernah tengok di gunakan oleh opah dan mak aku dulu, sihat juga orang yang demam tu... haihh!
Apabila anak berterusan demam lebih dari tiga hari ataupun pada waktu siang sihat dan malam kembali demam berulangkali lebih dari empat hari sebaik-baiknya pergilah ke klinik dan dapatkan pengubatan yang selanjutnya dari doktor. Manalah tau kot-kot ada jangkitan lain yang memerlukan pengawasan doktor seperti demam denggi, demam virus dan yang terkini HFMD
Nak tengok lebih tips dan informasi di blog ini... klik SINI
p/s: Merawat bayi dan kanak-kanak kecil yang demam lebih memerlukan ketelitian kerana sistem imun mereka sangat lemah. Rujuklah pada pakar perubatan segera apabila demam belaku...
salam...
ReplyDeletebhye demam budak2 ni..kena selalu pantau