Bila masuk bulan Disember, kita semua dah tahu.... hujung tahun bakal menjelang dan tahun baru bakal menjelma. Bagi yang beragama kristian hujung tahun bagi mereka menandakan sambutan hari krismas. Tahun baru juga akan membuka tirainya. Waktu begini, majlis sambutah keraian dan perjumpaan akan diadakan.
Masa tu mesti nak sambut dengan gembira dan meriah. Pada yang tak tahu lagi nak menyambut kat mana, bolehlah buat majlis sambutan tu di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Lokasi amat strategik di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Berdekatan dengan juga dengan Pusat Pentadbiran Negeri Selangor. Kawasan yang strategik di kellingi dengan pusat membeli belah dan bank-bank ternama.
SAMBUTAN TAHUN BARU & HARI KRISMAS @ ROYALE RESTAURANT SONGKET GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
Anda semua pasti akan meraikan sambutan krismas atau tahun baru yang menggembirakan bersama keluarga dan kawan-kawan apabila memilih Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Hotel ini telah mempromosikan pakej-pakej yang amat bagus. Mana nak dapat pakej promosi yang bagus macam ni lagi. Pakej yang ditawarkan adalah seperti Christmas Eve Dinner, Christmas Hi-Tea, New Year Dinner, dan New Year Hi-Tea.
Promosi Christmas Eve Dinner pada 24hb Disember 2016 (Saturday) bermula pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Christmas Eve Dinner ada 4 course western set dan anda boleh memilih salah satu dari menu. Promosi ini berharga RM150.00+ untuk dua orang.
Promosi Christmas Hi-tea pada hari berikutnya, 25 Disember 2016 (Ahad) dan bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga pukul 4.30 petang. Dengan harga RM68.00+ untuk dewasa, RM45.0+ untuk warga emas 60 tahun ke atas + dan RM 35.00 untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun.
Apabila memilih untuk meraikan perayaan krismas di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam, anda akan merasakan berada di alam fantasi yang mewah dengan makanan yang bukan sahaja sedap tapi rasanya juga menarik deria rasa... hmmm sedappp. Boleh dikatakan semua makanan khusus meraikan sambutan hari krismas ada disediakan.
Makanan yang disediakan seperti Roasted Whole Turkey with Italian Seasoning yang mewah beraroma, Beef Wellington dan Slow Roast Lamb with Steak Seasoning. Lebih mengujakan di sediakan juga Meatloaf, Chicken Cottage Pie, Stewed Spring Chicken, Seafood Ala Pancha, Pasta Aglio Olio with Seafood dan macam-macam lagi. Bagi pencuci mulut, ada disediakan Christmas Pudding, Christmas Cookies, Yule Log dan bermacam jenis hidangan lagi. Tak di lupa juga terdapat sebuah gerai untuk minuman, Kids Corner, Char Kuey Teow dan Goreng-Goreng.
Selepas sambutan krismas, bermula pula sambutan tahun baru. Promosi makan malam tahun baru atau New Year Eve Dinner pada 31hb Disember 2016 (Sabtu) dan bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Dengan harga RM68.00+ untuk dewasa, RM 45.00+ untuk warga emas 60 tahun ke atas, dan RM 35.00+ kanak-kanak berumur 4-11 tahun.
Makanan yang di sajikan bercitarasa antarabangsa yang kaya dengan kelazatan rasa yang tidak terperi. Antara makanan yang tersedia Traditional Roasted Chicken and Baked Potatoes, Slow Roasted Beef serve wth Pan Jus dan Roasted Lamb with Vegetables and Sos. Ada juga disediakan Baked Potato with Lamb Pie Filling, Crispy Chicken Drummet, Seared Sea Bass, Seafood pasta dan pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Di iringi juga dengan pencuci mulut yang menyelerakan seperti Fountain Chocolate, Tart dan Christmas Pudding.
Pada hari pertama tahun baru, ada lagi promosi disediakan. Anda boleh menikmati Tahun Baru dengan New Year Hi-Tea pada tarikh 1 Januari 2017(Ahad) dan bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga pukul 4.30 petang. Dengan harga RM68.00+ untuk dewasa, RM45.00+ untuk senior 60 tahun ke atas, dan RM35.00+ kanak-kanak berumur 4-11 tahun.
Memulakan tahun baru dengan menjamah pelbagai menu pilihan yang lazat seperti Chicken Whole with Italian Seasoning, Beef Wellington, Leg of Lamb dan Meatloaf. Ada pelbagai lagi iaitu Chicken Terayaki Sesame, Seafood Stewed with Herbs, Smoked Salmon Quice dan banyak lagi menu yang ada. Tidak lupa, pencuci mulut yang manis seperti Assorted French Pastries, warna Pudding dan Fountain Chocolate.
Bawalah seluruh keluarga, sahabat handai dan taulan meraikan perayaan ini dan mulakan hari yang indah dengan kenangan yang lazat dan menyelerakan. Anda pasti teruja dengan layanan high class yang di beri. Seperti hotel yang yang bertaraf 5 bintang layanan dan makanan pun amat sesuai. Aku bagi 5 bintang berderet dan bergemerlapan.
“Wishing you a joyous Merry holiday filled with peace, love &
prosperity.
PROMOSI YANG DISEDIAKAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM :
- Christmas Eve Dinner @ Royale Songket
Restaurant
24th December 2016, Saturday (6:30pm-10:30pm)
RM150.00 + for two persons
- Christmas Hi-Tea @ Royale Songket
Restaurant
25th December 2016, Sunday (12.00 noon - 4.30pm)
Adult - RM 68.00 +
Senior Citizen - RM 45.00 +
Children - RM 35.00 +
- New Year Eve Dinner @ Royale
Songket Restaurant
31st December 2016, Saturday (6:30pm -10:30pm)
Adult - RM 68.00 +
Senior Citizen - RM 45.00 +
Children - RM 35.00 +
- New Year Hi-Tea @ Royale Songket
Restaurant
1st January 2017, Sundayu (12.00
noon - 4.30pm)
Adult - RM 68.00 +
Senior Citizen - RM 45.00 +
Children - RM 35.00 +
Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi Royale Songket Restaurant, 03-55118811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: (603) 5511 8811
Fax: (603) 5511 8899
Email: info@bluewavehotels.com
p/s : Terima kasih Grand BlueWave Shah Alam yang telah menjemput dan memberi layanan terbaik pada kami.... ^_^peace!
Sekejap je dah bulan 12. Bukan disember 😅
ReplyDeleteTahun 2016 dah berlalu pergi. Krismas pun dah nak ke mari 😂
Balik pada hotel grand blue wave, memang banyak sajian dan hidangan untuk pelanggan 😘
Apa yang paling penting, hotel ni 5 bintang 😇 banyak bentul bintang tu
Dan sajiannya diyakini halal. 😆 Sampaikan jim lelaki dan wanita pun asing tau. Kolam renang oun sama 😄
Siapa yang teringin makan dinner ala krismes macam dalam filem eloklah makan dan cuba. 😊
Bawa insan tersayang bersama sama
⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔