14 November 2016

Bas Percuma Smart Selangor Di Kawasan Perumahan Seksyen 24, Shah Alam....



Bas Percuma Smart Selangor


Bermula pada 1 November 2016 bas sudahpun melalui jalan2 kawasan perumahan di Seksyen 17, 18, 19, 20, 24..... Ini berita baik sangat untuk penduduk kawasan2 tu. Biasanya pengangkutan hanya melalui jalan besar di luar sahaja. Jadi, jika mahu menggunakan perkhidmatan bas, kenalah berjalan kaki dan berpeluh dulu sebelum sampai ke jalan besar.

Kini tidak perlu lagi. Sudah ada bas yang melalui jalan2 di kawasan perumahan aku ni. Barulah perhentian bas yang telah tersedia tersergam di setiap sudut di tepi2 jalan tu berfungsi. Yang paling bagusnya tu, tak perlu bayar tambang, dalam ertikata lain percuma...!

Kekerapan perjalanan dalam 20 minit setiap kali.... kalau terlepas bas, 20 minit kemudia datang bas lagi... Boleh sangat la tu. Pelajar2 di seksyen berhampiran bersekolah  menengah di dua buah sekolah Menengah di Seksyen 24. So, ibubapa tak perlu bergantung bayar pengangkutan bas sekolah lagi. Wahhh, jimat tuuu...!


Bas Percuma


Laluan bas melewati Terminal bas Seksyen 17, 24,  18,  hingga komuter Seksyen 19. Dan seterusnya dari komuter Seksyen 19 hingga jalan2 di sekitar seksyen 20. Berulangan kembali... begitulah seterusnya. Nak tengok laluan, boleh tengok carta yang diberikan. 

Lepas ni sesiapa yang nak ke komuter atau terminal bas dari kawasan berdekatan perumahan aku ni... mudah sangat... naik je bas Selangorku ini... Percuma terus ke destinasi. Nak keluar ronda2 Shah Alam pun senang. Bas Selangorku yang dari kawasan komersial Seksyen 7 dan kompleks PKNS pun ada transit di komuter Seksyen 19. Sambung sahaja perjalanan dari situ..... 

Jom kita gunakan pengangkutan awam yang percuma ni. Asyik merungut minyak naik je. Mulakan langkah pertama yang menjimatkan. Naik bas percuma Selangorku ini bila nak kemana-mana. Di fahamkan perkhidmatan ini akan ditamatkan jika kurang sambutan. So,  tugas kita lah menyahut program ni, biar berterusan... kalau boleh, sampai bila2.... jom.. jom... jom!

p/s : Bercadang suatu hari nak bawa anak2 naik bas Selangorku ini ronda2 keliling Shah Alam... :)


2 comments:

  1. Bestnyaaa bas free. selangor takmau buat bas free jugak ka untuk student :')

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...