07 January 2016

Buat Jamu Sendiri, Jamu Beras Kencur...Segar, Mudah Dan Murah...

Buat jamu beras kencur sendiri aje lah. Kita buat yang macam penjual jamu di Indonesia tu buat. Tukang jamu tu gendong jamu2 segar jual keliling kampung lagi tu. Jamu yang paling popular namanya Jamu Beras Kencur. Kencur tu kat sini dikenali sebagai cekur. Ada jual kat pasar.

Buat Jamu Sendiri, Jamu Beras Kencur...Segar, Mudah Dan Murah...
Buat Jamu Sendiri, Jamu Beras Kencur...Segar, Mudah Dan Murah...

Macam2 makanan kesihatan, produk kecantikan dan jugak produk jamu kesihatan dan kecantikan yang ada kat pasaran.... Kebekesanannya belum tau. Silap haribulan masuk hospital sebab tersalah ambil benda2 tu. Harganya pun boleh tahan mahalnya.... tak ada yang benar2  murah pun. 

Bahan2 lain cuma barang biasa yang ada kat dapur sendiri.  Jamu ini boleh menyegarkan tubuh, menambah stamina, meredakan sakit ringan, mengubati  masuk angin,  pening kepala dan juga masalah jerawat. 

Ada banyak cara dan resepi untuk buat jamu ni. Apapun cari resepi yang paling senang buat dan untuk sekali dua minum. Kalau rasa serasi nanti boleh buat untuk minum seminggu...kan!

Bahan2 :

1/2 cawan beras
3 jari ubi cekur/kencur
1 potong besar halia
1/2 potong dari sekeping gula melaka
1 ketul kecil kunyit
1 biji limau nipis
1 ibu jari asam jawa
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara2 :

Beras direndam dalam air bersih hingga lebih kurang 3 jam. Rebus gula melaka, halia, kunyit, daun pandan, dan asam jawa bersama 3 gelas air dan tapis. Setelah direbus, ambil halia, kunyit, dan kencur/cekur. 

Lalu ditumbuk/kisar bersama beras yang telah direndam tadi hingga halus. Tuang air rebusan tadi kedalam bahan yang di kisar sedikit demi sedikit dan ditapis.

Tambahkan dengan perahan air  dari sebiji limau nipis dan garam. Kalau terasa nak lebih manis, boleh ditambahkan sedikit gula pasir. Minuman jamu beras kencur siap disajikan. 

Nak lagi sedap, sejukkan dalam peti ais sebelum di minum.  Sebelum minum kacau dulu sebab bahan2 tu mendap kebawah. Ahh... nikmat!.... :)



p/s : Pernah buat dulu... tapi tak ambik gambar plak. So, ambik gambar kat internet je la... resepi dari web Indonesia... lupa dah  :)

4 comments:

  1. cekur ni memang khasiatnya untuk buang angin dalam badan kan.. bagus pandai buat jamu sendiri.. :)

    ReplyDelete
  2. Kita tapis dan ambik air saje ke atau minum sekali beras dan bhb yg dikisar tu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...